Thursday, November 5, 2009

tahu VS nafsu

''tidak diazab seseorang itu melainkan dengan apa yang diketahuinya''. begitulah mafhum hadis yang padan dengan tajuk post ni. siapa kata mereka yang tahu halal haram itu taat pada apa yang mereka ketahui ? oh, tidak mari kita lihat apa yang sudah berlaku pada pelajar sekolah agama, pelajar maahad, pelajar tahfiz, mahupun siapa-siapa sahaja yang mempelajari ilmu agama. kian hari kita dikejutkan dengan berita pelajar sekolah agama ditangkap khalwat di dalam surau, pelajar IPTA (khusus bidang agama) maut terjatuh bangunan ketika lari dari ditangkap khalwat, pelajar sekolah agama melahirkan anak luar nikah, dan pelbagai lagi berita2 sedih dan menyayatkan hati.. Anda pernah dengar orang2 alim berpesan ? Lagi alim seseorang itu lagi tinggi pangkat syaitan yang datang menghasut dan menggodanya(pesan ustaz aku time kat tahfiz dulu). Maka tidak hairanlah kalau ada golongan yang tahu/arif dalam bidang agama dia yang mengepalai melakukan perkara mungkar. tujuan saya tak lain tak bukan untuk membuka minda pembaca khususnya golongan remaja supaya tidaklah terlalu memandang tinggi atau suci pada mereka yang mempelajari agama tetapi pandanglah dengan pandangan mata hati supaya tidak tersalah tafsir dikala mendengar berita tentang keburukan golongan yang mempelajari agama. kemuliaan seseorang itu bukanlah terletak pada tinggi ilmu pengetahuannya semata tetapi pada akhlak dan taqwanya. semoga kita terus dapat mengislahkan diri dan istiqomah dalam beribadah. Dan ingatlah! orang yang tahu itu terlebih dahulu diazab Allah daripada org kafir dan org jahil.. sekian(budak baru bljr)